Kami tiga beranak adalah anak jati Terengganu, walaubagaimanapun buat masa ini kami menetap di Kuantan kerana suami bekerja di sini. Saya berasal dari Gelugor Kedai, Kuala Terengganu manakala suami pula dari Gong Limau, Kemaman cahayamata kami pula selamat dilahirkan di Hospital Kuala Terengganu. Di sekitar kampung saya memang ramai jugak la yang terlibat dengan industri fabrik Terengganu ni terutamanya yang menenun songket, suami pula dikelilingi rakan2 yang terlibat dengan industri perikanan..makanan kegemaran dia pun nasi lemak ikan tongkol..kat Kemaman je kot ade...(mat ikang sejati tul), ibu saudaranya yang tinggal di Kelantan ade mencanting batik secara kecil-kecilan, ikut tempahan.
Sutera Maisarah sebenarnya diilhamkan sempena nama anak kami Nurulain Maisarah. Sewaktu tercetusnya idea membuka perniagaan ini Maisarah sudah berumur 6 bulan, jadi nyer sepanjang kami bertungkus-lumus menyiapkan blog niaga ini Maisarah selalu datang kat tepi PC ni dengan walker dia..buat-buat sibuk jugak..kekadang tu bila dukung dia sambil menaip mula la dia geram nak tolong tekan keyboard gak..btol2 celik IT budak2 sekarang, kalau diingat2 semula kali pertama saya kenal komputer ni masa tu dah Tingkatan 2 kot.
Perniagaan kami ni dijalankan secara online sahaja. Barang-barang yang ditempah kami hantar melalui PosLaju secara percuma kepada pelanggan kami, kalau barang tu mahal kami akan insuranskan pun secara percuma gak. Sangat jarang kami buat Cash On Delivery sebab dah banyak kali kena kami pergi kat tempat yang dijanjikan tu terpacak sampai dekat 2 jam customer tak datang2 pon...penat kami tunggu..sian kat Maisarah sampai bosan dia duk temankan kami. Masa berjanji tu bukan main lagi, bila kami dah tunggu..sms tak jawab..call tak angkat..last2 dia yang off talipon. Sian kat kami.
Kami cuba tawarkan harga yang berpatutan kerana kami sayangkan anda semua pelanggan-pelanggan kami. Tapi kami tak pernah kompromi dalam soal kualiti pun kerana kami sayangkan anda pelanggan-pelanggan kami. Jangan pulak ade yang kata barang kami ni murah sebab kurang kualiti yer....korang ni kan..jual mahal tak boleh, jual murah dikatanya pulak lagi... Abis tu..Jual mahal2 jela senang ...dah dikata orang memang tentu, tapi untungnya tebal sikit...korang nak mcm tu? xnak? bak kata Nabil "Lu pikir la sendiri".
Papepun kami masih terbuka untuk tawar-menawar...call je kami kat 012-9067406 atau 012-6267772
Terima kasih kerana korang sudi baca panjang2 nih...Luv U all!!! mmmuahhh!
Happy online shopping!!
|

