BATIK SUTERA TERENGGANU
Terengganu ni memang glamour habis la dengan batik sutera ni. Sejarah batik di Malaysia ni memang susah kita nak track balik, yang diketahui cuma sedikit. Batik di Malaysia ni dikatakan tempias dari Jawa. Walaubagaimanapun batik Indonesia (Jawa) adalah berbeza dengan batik di Malaysia. Banyak bezanya, dari segi cara pembuatannya, warna-warna yang digunakan dan motif yang dilukis. Kakitangan awam di Malaysia ni di minta untuk memakai baju batik pada setiap Khamis, iaitu Batik Malaysia la...tapi masih ade segelintir yang tidak peka sampaikan tak dapat nak bezakan antara Batik Malaysia dan Batik Jawa. Pada saya itu tak menjadi masalah, bergantung pada selera masing2 lah, tapi itu sudah tidak mendokong hasrat murni kerajaan untuk menaikkan produk tempatan.
Batik di Malaysia pada asalnya hanya dihasilkan melaui kaedah canting. Berbeza dengan batik Jawa yang menggunakan kaedah tekap atau cop, kaedah tekap ini ada juga digunakan di Terengganu untuk menghasilkan Batik Sarong tetapi tidak meluas. Kini dengan adanya teknologi canggih kaedah penghasilan Sutera Terengganu dipelbagaikan dengan kaedah-kaedah baru antaranya Sutera Digital dengan menggunakan mesin plotter; dan Sutera Brush yang coraknya dihasilkan dengan berus.
Pasar Besar Payang di Kuala Terengganu atau rakyat Terengganu selalu panggil Kedai Payang memang cukup sinonim dengan penjualan kain batik sutera. Harganya agak mahal berbanding kain pasang yang biasa, ini sudah tentu kerana prestij sutera itu sendiri, coraknya yang ekslusif, kainnya yang lembut dan sejuk ketika dipakai serta status kain itu sendiri melambangkan keanggunan si pemakainya. Di tingkat atas Pasar Besar Payang ini anda pasti akan rambang mata untuk memilihnya, pastikan anda bersedia dengan strategi tawar-menawar bagi mendapatkan harga terbaik buat anda. Selain di Pasar Besar Payang terdapat juga kedai-kedai yang menjual kain sutera seperti Desa Murni yang menawarkan pelbagai fabrik untuk wanita.
JOM JALAN-JALAN

Marilah menemaniku
Kita berlari-lari di tepi pantai
Melihat penyu berenang-renang
Marilah menemaniku
Kita mengukir pasir di pantai
Mengira ombak yang membadai
Alam ini sungguh damai
Sambil berpegangan tangan
Kita hayati dengan hati yang riang
|



